Monday, May 31, 2010

Penduduk Kg. Bilanagu Darat, Pitas Dan Dilema Air Masa Depan


Air merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan manusia. Kebergantungan manusia kepada air memberi kesan secara langsung atau tidak langsung sejajar dengan peredaran zaman. Secara keseluruhan, air tidak boleh dipisahkan dengan manusia demi kelangsungan hidup manusia itu sendiri.

Namun, ketidakprihatinan manusia jugalah sumber ini (air bersih) menjadi masalah besar dimasa depan nanti. Bebanan ini mungkin tidak boleh dilihat dengan mata kasar pada masa kini sehingga mencapai satu tahap yang boleh dikatakan sebagai kritikal. Dalam kedaan yang amat memerlukan sumber ini (air bersih) tercari-cari seperti emas yang hilang.

Sebagai contoh kes yang mula terjadi adalah di Kampung Bilangau Darat, Pitas. Pada tahun 1990 sebuah ampangan telah dibina untuk menampung kira-kira 20 buah keluarga. Dalam masa yang sama penebangan pokok dan penggondolan tanah berlaku disekeliling empangan tersebut (jarak 500m). Pada tahun 1998 pula sebuah lagi dibina bagi menggantikan empangan sebelum ini. Setelah empangan baru ini dibina bekalan air ini hanya digunakan oleh 5 buah keluarga sahaja tetapi tidak mencukupi. Selepas itu, JKKK dan Ketua Kampung bercadang hendak membina satu lagi empangan baru bagi mengatasi masalah tersebut. Tetapi peliknya kawasaan yang dimaksudkan juga berada di bawah perusahaan kelapa sawit. Jelas di sini bahawa air bersih di kampung ini akan menjadi parah jika tidak diatasi segera.


Jadi, wahai pembaca dalam kes ini siapa yang bersalah? Ketua Kampung? JKKK? Broker Tanah? Atau Penduduk Kampung itu sendiri? Untuk memberi jawapan yang jelas siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini. Faktor-faktor kebarangkalian yang boleh dikaitkan dengan masalah ini adalah seperti berikut:
1. Ganjaran Lumayan. Setiap pokok balak yang ditebang mempunyai nilai yang tinggi bagi orang berkenaan begitu jugalah dengan tanah-tanah yang dijual kepada syarikat swasta.
2. Sistem Pertanian. Para petani masih lagi menggunakan system pertanian berpindah rendah sepertimana nenek moyang dahulu.
3. Penguatkuasaan Undang-Undang. Penggunaan undang-undang masih rendah atau tiada penguatkausaan samaada diperingkat kampung ataupun agensi yangberkaitan.
4. Kesedaran Sivik. Kesedaran dalam aspek Alam Sekitar masih kurang memandangkan bilangan terpelajar di kampung tersebut masih kurang. Di samping itu, penduduk kampung masih berpegang kepada prinsip “biarkanlah” atau “tidak ambil tahu”.


Oleh itu, mungkin perkara-perkara yang disebutkan mungkin membantu jawapan sepertimana yang diperkatakan. Fikir-fikirkanlah langkah-langkah mengatasi masalah ini agar bolah menjamin hak alam semulajadi menjadi nadi yang agung dalam hidup kita….

2 comments:

Anonymous said...

mungkin masalah ini masih baru tapi ia akan menjadi lebih besar juga satu hari nanti

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.