Monday, May 31, 2010

Penduduk Kg. Bilanagu Darat, Pitas Dan Dilema Air Masa Depan


Air merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan manusia. Kebergantungan manusia kepada air memberi kesan secara langsung atau tidak langsung sejajar dengan peredaran zaman. Secara keseluruhan, air tidak boleh dipisahkan dengan manusia demi kelangsungan hidup manusia itu sendiri.

Namun, ketidakprihatinan manusia jugalah sumber ini (air bersih) menjadi masalah besar dimasa depan nanti. Bebanan ini mungkin tidak boleh dilihat dengan mata kasar pada masa kini sehingga mencapai satu tahap yang boleh dikatakan sebagai kritikal. Dalam kedaan yang amat memerlukan sumber ini (air bersih) tercari-cari seperti emas yang hilang.

Sebagai contoh kes yang mula terjadi adalah di Kampung Bilangau Darat, Pitas. Pada tahun 1990 sebuah ampangan telah dibina untuk menampung kira-kira 20 buah keluarga. Dalam masa yang sama penebangan pokok dan penggondolan tanah berlaku disekeliling empangan tersebut (jarak 500m). Pada tahun 1998 pula sebuah lagi dibina bagi menggantikan empangan sebelum ini. Setelah empangan baru ini dibina bekalan air ini hanya digunakan oleh 5 buah keluarga sahaja tetapi tidak mencukupi. Selepas itu, JKKK dan Ketua Kampung bercadang hendak membina satu lagi empangan baru bagi mengatasi masalah tersebut. Tetapi peliknya kawasaan yang dimaksudkan juga berada di bawah perusahaan kelapa sawit. Jelas di sini bahawa air bersih di kampung ini akan menjadi parah jika tidak diatasi segera.


Jadi, wahai pembaca dalam kes ini siapa yang bersalah? Ketua Kampung? JKKK? Broker Tanah? Atau Penduduk Kampung itu sendiri? Untuk memberi jawapan yang jelas siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini. Faktor-faktor kebarangkalian yang boleh dikaitkan dengan masalah ini adalah seperti berikut:
1. Ganjaran Lumayan. Setiap pokok balak yang ditebang mempunyai nilai yang tinggi bagi orang berkenaan begitu jugalah dengan tanah-tanah yang dijual kepada syarikat swasta.
2. Sistem Pertanian. Para petani masih lagi menggunakan system pertanian berpindah rendah sepertimana nenek moyang dahulu.
3. Penguatkuasaan Undang-Undang. Penggunaan undang-undang masih rendah atau tiada penguatkausaan samaada diperingkat kampung ataupun agensi yangberkaitan.
4. Kesedaran Sivik. Kesedaran dalam aspek Alam Sekitar masih kurang memandangkan bilangan terpelajar di kampung tersebut masih kurang. Di samping itu, penduduk kampung masih berpegang kepada prinsip “biarkanlah” atau “tidak ambil tahu”.


Oleh itu, mungkin perkara-perkara yang disebutkan mungkin membantu jawapan sepertimana yang diperkatakan. Fikir-fikirkanlah langkah-langkah mengatasi masalah ini agar bolah menjamin hak alam semulajadi menjadi nadi yang agung dalam hidup kita….

Thursday, May 6, 2010

Keperluan Jalanraya Di Pitas, Sabah


Sejak kebelakangan ini ramai orang yang menyuarakan masalah yang berkaitan dengan jalanraya sama ada yang berada di bandar ataupun luar Bandar. Namun, tiada sebarang perkembangan sedangkan perkara tersebut merupakan ‘keperluan’ yang amat sangat. Jalanraya merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam memajukan sesuatu kawasaan sama ada di Bandar dan sebaliknya.
Ironinya, keperluan ini tidaklah di pandang serius oleh sesetengah pihak. Sebagai contoh tempat yang memerlukan jalanraya yang baik adalah Jalan Mampakad – Nibang, Daerah Pitas, Sabah. Sepanjang jalan ini akan merentasi kampung-kampung, sekolah-sekolah dan klinik seperti berikut:
1. Kg. Mampakad Darat
2. Kg. Kinabuntung
3. Kg. Kibubuk
4. Kg. Bilangau Darat
5. Kg. Sinanggip
6. Kg. Nungguh
7. Kg. Mandurian
8. Kg. Mandurian Ulu
9. Kg. Pinapak
10. Kg. Nibang
11. Kg. Sonsogon Magandai
12. SK. Sahabat, Pitas
13. SK. Mandurian
14. SK. Pinapak
15. SK. Nibang
16. Klinik Kesihatan Sinanggip
17. Klinik Kesihatan Mandurian
Sehingga kini tiada tindakan pihak yang berkenaan bagi memastikan keperluan ini dapat dikecapi. Dalam masa yang sama tanpa keperluan ini secara langsung atau tidak langsung akan memberi kesan dari segi taraf hidup dan budaya serta social.
Dilemma ini entah bila akan terlerai andai tiada keprihatinan pihak yang berkenaan.

Monday, May 3, 2010

SEJARAH KAMPUNG BILANGAU DARAT PITAS

Seperti apa yang kita tahu bahawa sesuatu kawasaan itu diteroka sememangnya ada nama yang akan digunakan bagi kawasaan tersebut. Begitu jugalah dengan Kampung Bilangau Darat yang suatau ketika dahulu tiada nama.

Asal usul Bilangau diambil daripada perkataan 'langau' yang bererti 'lalat'. Lagenda atau mitos yang diceritakan sejak turun temurun, pengambilan nama Bilanagau didasarkan kepada cerita seperti berikut:
"Pada suatu ketika dahulu seorang lelaki (pengantin lelaki) dengan rombongannya dalam perjalanan ke majlis perkahwinan dan barang yang dibawa bersama termasuklah seekor babi (khinzir). Dalam pertengahan perjalanan, mereka pun berehatlah disebuah sungai memandangkan hari sudah senja. Pada keesokan harinya, mereka ingin meneruskan perjalanan tetapi babi (khinzir) yang mereka bawa telah mati dan dihinggapi oleh 'langau' atau lalat. Seterusnya, rombongan tersebut tidak lagi meneruskan perjalanan tersebut disebabkan oleh hal itu."

Daripada cerita tersebut, nama 'langau' dijadikan Bilangau yang sehingga kini diguna pakai. manakala, Darat di ambil berdasarkan kepada kawasaan ini berada jauh dari pantai.

Oleh itu, peristiwa yang lampau memainkan peranan penting dalam mewujudkan sesebuah perkampungan yang lebih dinamik.

Sunday, May 2, 2010

Masa Depan Anak-Anak Bilangau Darat

Masih ternganga di telinga kita bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang membaca. Tetapi dimanakah penghujungnya meskipun telah didedahkan dengan arus kemajuan. Dimana silapnya, jika ini sudah berada di depan mata namun hakikatnya masih terlalu meragui sesuatu tanpa mencubanya. Perkataan yang selalu dikatakan jika ada sesuatu yang baru adalah 'kamu cuba dahulu' atau 'saya tidak berbakat'.